Promosi Perkhidmatan Pintar Di Bazaar Temenggong, Kulai
9 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2026, NADI Felda Taib Andak dan NADI Bandar Senai dengan kerjasama MCMC Negeri Johor telah mermbuka pameran Kempen Internet Selamat dan promosi Perkhidmatan Pintar NADI di Bazaar Temenggong, Kulai. Turut hadir YB Puan Teo Nie ching, Timbalan Menteri Komunikasi sebagai perasmi proggram. Program telah berlangsung mulai 2.00 petang sehingga 7.00 petang. Bagi memberi kesedaran tentang keselamatan internet kepada komuniti setempat, pembukaan pameran terbuka ini dapat memberi sedikit sebanyak informasi yang sangat berguna mengenai bahaya internet kepada orang ramai.
Selain itu, turut berlangsung promosi Perkhidmatan Pintar NADI kepada penduduk setempat. Pemeriksaan kesihatan juga turut dijalankan sepanjang program berlangsung. Selain itu juga, pembahagian Kit Kempen Internet Selamat dan bubur lambuk juga turut diedarkan kepada pengunjung.
Diharap program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dan akan lebih ramai lagi komuniti yang akan menyertai program bersama NADI Felda Taib Andak dengan memberikan manfaat kepada mereka tidak kira peringkat umur serta mengeratkan lagi hubungan NADI bersama komuniti setempat terutamanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: